Monday, October 12, 2015

BBM3410 SALAM PERKENALAN



Assalamualaikum...Apa khabar semua? Aku doakan semua sihat sejahtera di samping keluarga yang tercinta. Pada hari yang mulia ini, jari jemari aku seolah-olah memberi satu isyarat supaya menaip sedikit sebanyak tentang diri aku. Terimalah sejarah hidup aku secara ringkas tapi boleh dikatakan menarik lah juga.

Aku, Muhammad Nur Akmal Bin Rosli. Aku berasal dari negeri Kedah Darul Aman. Aku berumur 22 tahun (belum cukup lagi sebenarnya). Aku merupakan anak ke-2 dari lima orang adik beradik. Makan apa-apa saja makanan kecuali sayur dan penggemar milo & coklat yang tegar. Hobi suka ambil gambar tapi aku tak suka selfie....kalau wefie tu ok ja...hahaha.. Masih SINGLE...

Aku mendapat pendidikan yang pertama di Tadika Kemas Felda Teloi Timur pada tahun 1999. Selepas itu, Aku menyambung pengajian di Sekolah Kebangsaan Teloi Timur (SKTT) pada tahun 2000. Pada tahun 2006 iaitu semasa tingkatan 1, aku menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra (SMKTP) selama satu bulan sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang (SMKST) sehingga ke tingkatan 5. Kemudian, aku telah melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ibrahim pada tahun 2011.

Seterusnya, aku melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat ijazah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu pada tahun 2013 dan sekarang merupakan pelajar tahun 3 (boleh dikatakan senior la jugak tapi not super senior).


Salam Perkenalan...




-Berbaktilah Kepada Kedua Ibu Bapa-



No comments:

Post a Comment